Kekuatan.
Thursday, August 29, 2013, ϟ
Hi Assalamualaikum stalker. Alhamdulillah exam pun berjalan dengan lancar walaupun soalan betul betul menikam dan mencabar minda. Rasa macam nak jatuh rebah dekat dalam dewan disebabkan soalan yang tak boleh dijangka. Haih, susah betul kalau macam ni. Okay, sebenarnya emma nak cerita something. Pasal LELAKI. Maksud emma, lelaki yang tak hormat perempuan walaupun dia kekasihnya isterinya atau sebagainya. Wahai lelaki, kau pun tahu kan yang wanita lah menanggung perit di dalam kehidupan. Tapi kau lelaki durjana hanya tahu marah memaki mencaci menggunakan ayat yang kasar sehingga terguris hati Sang Wanita. Wanitalah yang bakal melahirkan zuriatmu, bakal menjaga anak anak mu. Kalau bukan wanita siapa lagi? Sejahat jahat wanita, dia pun ada perasaan kasih sayang. Jagalah sebaik mungkin. Dan... pasangan bercinta. Niat mahu bercinta sehingga ke alam Jannah tapi di dalam dunia, sepak maki hamun sudah abadi dalam diri sehingga layan dia seperti binantang hanya disebabkan cinta yang kejam. Dia, yang akan jaga kau. Bersama dengan kau. Otak ada, fikir. Janganlah lakukan perkara yang bodoh untuk kepentingan diri sendiri. Jaga sabar jaga diri jaga sikap jaga tingkah laku. Sedih ibu bapa melihat anak mereka perlakuan sebegini. Jaga hati jaga jiwa. Harap minda akan berkembang ke arah lebih memuaskan. Bye :) x
new past

